Lebih kurang 2 1/2 minggu,
epiblas telah membentuk
3 tisu khas,
atau lapisan germa,
dipanggil ektoderma,
endoderma,
dan mesoderma.
Ektoderma membentuk
pelbagai struktur
termasuk otak,
saraf tunjang,
saraf,
kulit,
kuku,
dan rambut.
Endoderma menghasilkan lapisan
sistem respirasi dan pencernaan,
dan menjana sebahagian organ utama
seperti hati
dan pankreas.
Mesoderma membentuk jantung,
ginjal,
tulang,
rawan,
otot,
sel darah,
dan struktur lain.